Lima pakej tarikan pelancongan di Terengganu
Lima pakej tarikan pelancongan di Terengganu
KUALA TERENGGANU 20 Mei - Sebanyak lima Pakej Berbasikal Cuti-Cuti 1Malaysia Terengganu dilancarkan di sini semalam bagi mempelbagai daya tarikan dan produk pelancongan di negeri ini.
Pengarah Tourism Malaysia negeri, Mohd. Nasir Khusairi berkata, pakej yang dikendali oleh agensi-agensi pelancongan tempatan itu ditawarkan pada harga antara RM150 dan RM859.
''Semasa pelancaran peringkat kebangsaan pada 1 April lalu yang disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen, sebanyak 33 pakej diumumkan dan dua daripadanya di negeri ini," katanya.
Bagaimanapun, menurutnya, berdasarkan sambutan pihak agensi pelancongan, tiga lagi pakej ditawarkan.
Sumber: Utusan Malaysia