Lawatan TKPKR
Majlis Perjumpaan Bersama TKPKR
Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya sektor pakar YBhg Dato' Ir. Haji Mohd Fazli Bin Osman telah mengadakan lawatan kerja ke Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Negeri Terengganu pada 3hb. April 2017.
Tujuan lawatan diadakan adalah untuk memantau kemajuan projek serta mendapatkan maklumbalas berkaitan masalah dalam perlaksanaan projek. Taklimat kemajuan projek telah disampaikan oleh Ketua Jurutera Elektrik Negeri, Aminudin bin Johari.
YBhg Dato' TKPKR Pakar turut menyampaikan amanat serta hasrat YBhg Dato' Sri KPKR bagi memastikan semua projek yang telah dirancang dapat disiapkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.