Objektif Jabatan
OBJEKTIF CKE
- Memastikan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur untuk agensi kerajaan dalam bidang kejuruteraan elektrik supaya menepati kualiti, masa dan kos yang ditetapkan.
- Memastikan pengurusan fasiliti aset kejuruteraan elektrik di premis kerajaan menepati amalan terbaik supaya sentiasa berfungsi dengan baik, selamat dan kos efektif
- Memastikan perkhidmatan perundingan pakar dalam bidang kejuruteraan elektrik kepada agensi kerajaan berasaskan profesionalisme dan berintegriti
OBJEKTIF KUALITI CKE
Menyediakan perkhidmatan pakar dan sokongan dalam bidang Kejuruteraan Elektrik kepada Cawangan-Cawangan di peringkat Ibu Pejabat JKR, JKR Negeri / Wilayah Persekutuan atau Unit Khas JKR yang mengendali projek pembangunan infrastruktur kerajaan bagi memenuhi Dasar Negara dengan menumpukan kepada:
- menyerahkan 100% projek / produk rekabentuk mengikut jadual yang dipersetujui dalam Q-Plan dengan varian 10% menyiapkan 100% projek mengikut kos yang diluluskan dengan varian 10% .
- Membelanjakan 100% peruntukan tahunan dengan varian 5%
- ke arah produk berkualiti yang memebuhi kepuasan pelanggan kepada tahap melebihi 70% (berdasarkan kepada Borang Kajian Kepuasan Pelanggan) ke arah produk berkualiti yang menjurus kepada aduan sifar daripada pelanggan dengan memastikan kurang daripada 10 jenis aduan* bagi setiap projek yang berkaitan dengan ciri-ciri berikut: i. kefungsian produk sebagaimana direkabentuk ii. keselamatan penggunaan iii. kemudahselenggaraan iv. mutu ketukangan (workmanship)
nota:
Jenis aduan bermaksud suatu bentuk kerosakan / kecacatan / kegagalan mana-mana komponen dalam produk tanpa mengira bilangan lokasi atau kekerapan yang berlaku semasa tempoh tanggungan kecacatan bagi satu-satu projek.
Ir. HJ. MOHD FAZLI DATO' Ir. HJ. MOHD NOOR
BIN OSMAN BIN YAACOB
Pengarah Kanan Ketua Pangarah Kerja Raya
Cawangan Kejuruteraan Elektrik Jabatan Kerja Raya Malaysia
Ibu Pejabat JKR Malaysia
OBJEKTIF KUALITI JKR
Ke arah penyerahan 100%
projek megikut jadual
pelaksanaan yang
dipersetujui
Ke arah perbelanjaan
pelaksanaan projek
mengikut kosyang
dipersetujui, dan
Ke arah produk berkualiti
yang menjurus kepada
aduan sifar daripada