Perutusan Ketua Jurutera Elektrik Negeri

Ditulis pada .

 

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Selamat datang diucapkan kepada pengujung Laman Web Rasmi Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Negeri Terengganu

Selaras dengan dengan dasar kerajaan ke arah mewujudkan kerajaan elektonik, laman web sebagai salah satu media sumber maklumat dan komunikasi pastinya dapat membantu menaikkan imej sesebuah jabatan. Sebagai sebuah jabatan yang kita semua ketahui telah begitu sinonim dengan perancangan dan pembangunan infrastruktur negara ini, kita tidak dapat lari dari laungan rakyat yang lumrahnya mahukan perkhidmatan yang terbaik. Segala aduan yang disalurkan melalui laman web diterima dengan cepat dan tepat, maka seharusnya juga diambil tindakan dengan respon yang setimpal. Kandungan laman web yang berkonsepkan mesra pengguna adalah diharapkan dapat dimanfaatkan oleh semua pegawai dan kakitangan untuk mempertingkatkan prestasi kerja seharian. Dalam masa yang sama, sebarang idea, penemuan, jalan penyelesaian atau apa jua yang boleh digunakan untuk kebaikan bersama haruslah dipamerkan dalam laman web ini.

Akhir sekali saya ingin menyeru kepada semua pegawai dan kakitangan agar dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya terhadap apa jua aktiviti yang dianjurkan oleh jabatan. Dengan semangat ini dan berbekalkan pengetahuan yang seiring dengan kehendak perkembangan kemajuan di peringkat dunia semasa, maka kita perlu bermuafakat untuk mencapai matlamat ini demi kepentingan negara.

 

Aminudin Bin Johari

Ketua Jurutera Elektrik Negeri

JKR Negeri Terengganu