Piagam Pelanggan

Ditulis pada .

PIAGAM PELANGGAN CKE
 
Cawangan Kejuruteraan Elektrik adalah komited untuk memberi khidmat kepakaran dalam bidang Kejuruteraan Elektrik kepada organisasi JKR dan agensi pelanggan berdasarkan norma berikut :
 
1.0 PELAKSANAAN PROJEK
 
  • Memanggil tawaran subkontrak dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh pengeluaran Surat Setuju Terima kepada kontraktor utama atau mengikut tarikh yang ditetapkan dalam Q-Plan.
  • Menyedia dan Menyerahkan laporan penilaian tender tiga (3) minggu selepas penerimaan dokumen tender.
  • Menyediakan laporan penilaian kemajuan kerja satu (1) minggu sebelum tarikh unjuran kemajuan yang ditetapkan.
  • Menyedia dan menyerahkan perakuan muktamad tiga (3) bulan selepas tarikh CPC dikeluarkan
  • Memberi respon kepada aduan kerosakan semasa dalam tempoh tanggungan kecacatan dalam tempoh satu (1) hari
2.0 PENGURUSAN ASET FASILITI
 
  • Memberi respon kepada setiap aduan dalam tempoh satu (1) hari.
  • Mengambil tindakan ke atas aduan kerosakan elektrik dalam tempoh masa.
  1. Satu (1) hari kerja bagi kerosakan elektrik yang biasa
  2. Tujuh (7) hari kerja bagi kerosakan elektrik yang rumit.
  • Memberi anggaran bajet kepada pihak pelanggan untuk kerja senggara dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh permohonan diterima.
3.0 PERKHIDMATAN PENGUJIAN DAN MAKMAL
 
  • Mengeluarkan Sijil Kelulusan Bahan Elektrik JKR bagi permohonan baru dari pembekal/pengilang dalam tempoh lapan (8) minggu dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.
  • Mengeluarkan Sijil Kelulusan Bahan Elektrik JKR bagi permohonan pembaharuan dari pembekal/pengilang dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh borang yang lengkap diterima.