Tatacara Permohonan Menghadap Dan Hari Menghadap
Tatacara Permohonan Menghadap Dan Hari Menghadap
Berikut adalah tatacara yang perlu diikuti untuk permohonan mengadap dan semasa hari mengadap sebagaimana dibawah.
1. Permohonan untuk majlis menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu dan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu hendaklah dialamatkan kepada:
Yang Berhormat
Setiausaha Kerajaan Terengganu
Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu
Tingkat 15, Wisma Darul Iman
20503, Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
2. Nyatakan tujuan hendak menghadap.
3. Nyatakan biodata orang yang akan menghadap.
4. Perlu nyatakan nama orang yang akan mengiringi sama semasa majlis menghadap.
5. Pada lazimnya pakaian untuk menghadap adalah sebagaimana berikut:
i. Lelaki - Lounge Suit Bersongkok (bertanah gelap)
ii. Lelaki - Berpakaian kebangsaan Negara terbabit.
(Pembesar Negara Luar/Duta)
iii. Perempuan - Baju kurung atau kebarung/sopan
(bertudung/berselendang).
iv. Perempuan - Berpakaian kebangsaan Negara terbabit/sopan.
(Pembesar Negara Luar/Duta)
6. Maklumkan terlebih dahulu jika ada membawa cenderahati semasa majlis menghadap.
7. Orang yang menghadap hendaklah berada 15 minit lebih awal dari masa menghadap.
8. Semasa menghadap hendaklah membahasakan diri “Patik”. Panggilan kepada Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Sultan Terengganu dan Kebawah DUli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu
ialah “Tuanku” .
9. Bersilang kaki sama sekali tidak dibenarkan semasa majlis menghadap.
10. Merokok juga tidak dibenarkan semasa majlis menghadap.